Salam sejahtera.
Saya melihat PMRAM sentiasa ditekan oleh pelbagai pihak terutamanya golongan yang taksub dengan persatuannya macam ISMA. Itulah mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh kami semua dan merupakan ujian yang cukup kuat untuk kami hadapi.
Saya sangat kesal dengan salah seorang Penasihat ISMA iaitu Ustaz Faizal Sabhon yang sangat benci dan anti dengan kami. Apakah salah kami. Sedangkan kami membawa obor api perjuangan seperti ustaz juga. Cuma jalan kami amat berbeza dan berlainan. Tetapi hadaf dan tujuan kita adalah serupa. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendirikan khalifah Islam di muka bumi Allah SWT ini.
Jalan kami adalah dengan jalan tarbiyyah yang lebih baik dan lebih terancang. Sekurang-kurangnya dengan kuat tarbiyyah yang ada pada kami memberi lebih banyak bantuan kemenangan daripada Ilahi. Sebab Salahuddin Al-Ayubi sendiri memeriksa khemah-khemah tentera melihat siapakah yang beribadat pada tengah malam. Ini adalah faktor besar kemenangan tentera Islam.
Kalau hendak harapkan ISMA yang tarbiyyahnya tidak seberapa. Mana mungkin Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita semua. Lagi satu yang menimbulkan kehairanan kami ialah kenapakah menuduh kami bersekongkol dengan Nadi PS. Padahal kami ada jalan kami sendiri. Kami tidak bersekongkol. Bukankah ahli Nadi PAS juga orang Islam seperti kita? Sekurang-kurangnya kami berdakwah tidak seperti ISMA yang kerjanya suka hentam orang sahaja.
Begitu juga dengan UMNO boleh bekerjasama dengan MIC. MIC ini bukan orang Islam seperti kita. Ini Bagaimana pula? Lebih baik kita bersekongkol dengan orang Islam daripada UMNO yang bersekongkol dengan orang bukan Islam.
Persoalan tentang adik-adik baru. Saya suka jelaskan di sini, sepertimana yang berlaku di rumah Terengganu. Untuk pengetahuan ustaz, Pegawai tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan mana-mana pimpinan tertinggi kami bagi membincangkan untuk menguruskan adik-adik yang baru tiba. Pegawai terengganu telah memilih salah seorang daripada kalangan kami yang merupakan mahasiswi Yayasan Terengganu dan kebetulan dia adalah ahli PMRAM. Adakah tindakan ini salah kami juga?.
Kemudian adakah bersalahan dengan hak asasi manusia. Apabila kami bawa adik-adik baru ke Sinai? Sedang mereka yang baru-baru ini boleh menimba pengalaman dan boleh melihat sejarah-sejarah dahulu untuk diambil iktibar. Takkanlah Ustaz Faizal Sabhon yang kuat bertalaqi tidak tahu ini semua.
Untuk kes yang baru-baru ini di Mansurah, saya melihat apakah salah untuk kami ambil adik-adik baru. Sedangkan kami redhai bagi ISMA menguruskan pengambilan adik-adik baru di Mator tanpa berlaku apa-apa pertelagahan dari kedua-dua pihak. Kemudian kami berusaha untuk mengajak adik-adik yang kami telah target untuk ke rumah yang kami telah sediakan sendiri. Tetapi amat malang ISMA tidak mengizinkan atas alasan tiada kerjasama apa-apa dari pihak ISMA dan UMNO Mansurah sebelum ini.
Saya berharap agar Ustaz Faizal Sabhon dan kawan-kawan Ustaz sila tabayun dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan melulu. Dakwah ini macam-macam caranya. Bukan apa yang ISMA nampak sahaja. Setakat itu dahulu daripada saya. Moga kita berjumpa lagi di lain entri. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment