Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa PMRAM telah mengadakan satu majlis yang cukup baik iaitu Majlis Mendengar Pembacaan Kitab Sohih Bukhari. Cuma, apa yang saya lihat sikap PMRAM yang sangat profesional dalam melaksanakan majlis ini telah menyempurnakan Majlis ini.
Pertamanya, PMRAM membuka penyertaan kepada seluruh mahasiswa/wi di sini. Saya juga berkesempatan untuk bersama dengan para masyayeikh di dalam majlis tersebut. Penyertaan yang tidak hanya kepada AHLI PMRAM akan menyebabkan mahasiswa/wi di sini memandang PMRAM melaksanakan sesuatu program dengan tidak memilih bulu. Inilah persatuan kebajikan yang dilaung-laungkan. PMRAM sekali-kali tidak pernah menghalang mana-mana ahli luar untuk menyertai dan bersama dalam program-program kami.
Kedua, arahan daripada JPMK (Prof Madya Dr. Jamil) supaya majlis ini dibatalkan tidak diambil endah. Kenapa PMRAM berdegil mahu juga melaksanakannya. Saya lihat PMRAM menyatakan bukti kukuh berkenaan surat daripada JPMK itu sendiri. Perkara yang pasti boleh kita jadikan hujah. JPMK yang saya lihat ingin membatalkan program tersebut berdasarkan masa untuk konvokesyen terlalu hampir jadi apalah salahnya jika PMRAM tidak menganjak sedikit tarikh pembacaan kutub sittah ini? kan itu lebih baik dan nampak teratur.
Ketiga, ISMA cuba menimbulkan sikap perpecahan dikalangan mahasiswa di sini. Isu ini telah diwar-warkan sejak awal lagi. Menyalahkan PMRAM dan menimbulkan rasa benci mahasiswa terhadap PMRAM yang kita naungi bersama. Perkara ini tidak wajar bagi ISMA selaku salah satu dari persatuan-persatuan mahasiswa di sini. PMRAM kemungkinan ada tafsiran tersendiri, namun sikap mengapi-apikan ini menyebabkan apa yang PMRAM buat semuanya salah.
Keempat, Isu ini saya kira selesai di akhir penutupan majlis ini. Namun, amat bertuah dan gembira apabila ia disambung lagi dengan majlis dialog yang sangat-sangat membanggakan. Bagi mereka yang hadir pada majlis dialog tersebut akan merasakan sendiri bagaimana sentimen keterbukaan PMRAM ditimbulkan. Apa yang PMRAM buat semuanya betul dan tidak salah.
Kelima, Saya juga dikabarkan isu ini juga telah dimaklumkan kepada para masyayeikh yang hadir pada majlis tersebut. Sehingga mereka merasa bangga dengan PMRAM. Saya fikir sekiranya JPMK tidak cetuskan isu ini dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan para masyayeikh ini tidak akan merasa susah bagi menyampaikan ilmu-ilmu mereka.
Kelima-lima isu ini dapat saya nyatakan. Saya ingatkan sekali lagi supaya jangan terlalu taksub dengan persatuan yang antum naungi tetapi taksublah dengan Allah dan Rasul. Jangan mengapi-apikan sesuatu yang tidak pasti sehingga benci dan dendam timbul dikalangan kebanyakan mahasiswa di sini. Saya hanya mewakili salah seorang dari ahli PMRAM menyatakan rasa simpati dan sedih terhadap apa yang berlaku. Jadilah kita sebagai seorang manusia yang tidak hanya tahu menuding jari tentang apa yang mereka buat, tetapi jadilah seperti seorang manusia yang banyak melakukan perkara-perkara kebaikan dalam kerja-kerja amal islami itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment