Saya berasa amat kesal dengan sikap sesetengah mahasiswa/wi yang melemparkan kata-kata dan kritikan-kritikan yang agak kesat di bahagian komen dan shutbox yang telah disediakan. Sekiranya kebanyakan daripada mereka adalah dari pengajian Islam itu adalah lebih malang sekali. Saya nasihatkan di sini, sekiranya kritikan yang diberikan adalah baik maka, saya terima dengan redha dan rela hati. Jangan kerana hujah dan pandangan saya dalam menyuarakan pandangan terus ditentang sehingga semuanya adalah salah. Tegur dan kritiklah dengan nilai akhlak Islamiah yang kamu semua ketahui.
Bekaitan juga dengan blog ini, bukanlah saya ingin mencari populariti atau simpati. Ia adalah sekadar pandangan dari saya mewakili rakan-rakan saya yang lain dalam menyatakan kebenaran berdasarkan pandangan yang biasa sahaja. Kamu mengatakan saya mencari populariti, ia adalah tuduhan yang agak berat dan kasar. Maaf saya katakan, kamu tidak memahami apa itu pandangan dan apa itu tuduhan. Ada juga yang mengatakan dengan adanya blog ini akan menyebabkan perpecahan?. Tidak bolehkah saya menyatakan pandangan peribadi saya?. saya rasa kamu boleh menjawab persoalan ini.
Kepada Prof Madya Dr Jamil, saya rasa sudah sampai masanya untuk tuan mengambil tindakan berkawan rapat dengan individu di dalam PMRAM khususnya bagi menyenangkan pelajar-pelajar di bumi Mesir ini. Antaranya, Us Hairul Nizam bin Mat Husin, Us Nazrul Nasir, Us Mumtaz Harun, beberapa kepimpinan di DPM dan BKAN serta beberapa figure-figure yang lain. Moga-moga dengan tindakan ini dapat menyelamatkan persatuan-persatuan di sini.
Maaf kepada semua sekiranya saya ada tersalah dan tersilap fakta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment