Monday, November 2, 2009

Kita Bersatu Atas Dasar Anti-PMRAM

Salam Perjuangan.

Ini beberapa kawan-kawan yang mempunyai fikiran tertutup. Lihatlah hubungan ukhuwwah mereka walaupun berlainan persatuan, namun atas dasar anti-PMRAM ini mereka dapat bersama. Memang macam ISMA yang taksub tidak kena tempat. Di sini saya paparkan beberapa keratan komen daripada sahabat-sahabat:

peng alex: Nak bsepak buang email kau tu, email je aku kt mane nak jumpe. Tak payah kacau ikhwah & tayah jd dayus. tq

30 Oct 09, 06:37 AM
peng alex: Kate nak buat konvo, memang laa buat jugak. Itu yg disokong oleh JPMK. Nanti Azhar tak kate ape plak kt Malaysia sampai konvo 2 kali dlm mase yg lama. Nak bpolitik silakan, tp tak payahla fitnah org laen.

30 Oct 09, 06:36 AM
peng alex: Pasal isu tuduhan JPMK kt PMRAM rampas bdak2 tganu, aku da tanye due2 belah pihak, PMRAM jujur. Ttg kutub sittah, PMRAM jujur lagi.

30 Oct 09, 06:35 AM
peng alex: disebabkan sikap aku yg tiba2 berubah lepas benti jd presiden ISMA.

30 Oct 09, 06:34 AM
peng alex: Anti Isma & alif mansurah. Aku abang angkat ustaz hairul nizam, tp hubungan kami tgh panas.
30 Oct 09, 09:23 AM
ezoegypt: ISMA dan KELAB UMNO ada kerjasama rasmi...pasal ramai orang takut....tiada TAHALLUF SIASI...kami (ISMA dan KELAB UMNO) adalah persatuan POLITIK!!! jangan bimbang yer kawan2...

30 Oct 09, 09:23 AM
ezoegypt: ISMA dan KELAB UMNO ada kerjasama rasmi...pasal ramai orang takut....tiada TAHALLUF SIASI...kami (ISMA dan KELAB UMNO) adalah persatuan POLITIK!!! jangan bimbang yer kawan2...

30 Oct 09, 09:20 AM
ezoegypt: mat...."bontot ayam" tuh orang melayu kata tongkeng ayam!!! anta minat makan pun,jangan cakap2 macam tuh kat shout box nih.. baik!!! kalau anda peminat TONGKENG..anta takyah fikir dulu..patut tak

30 Oct 09, 09:18 AM
ezoegypt: all41 tuh budak AL AZHAR ker? cakap macam belajar kat AL AZHAR jer....

30 Oct 09, 09:14 AM
ezoegypt: Jangan biarkan orang yang komen bukan-bukan tuh... layan mereka.. tak dilayan, main jadi...buat tahu jer...anda teruskan buat perkara yang sudah tentu bertentangan dengan AL QURAN dan SUNNAH

30 Oct 09, 09:12 AM
ezoegypt: Ahlan!!! tulisan yang bangang... jangan teruskan... lantang bersuara adalah satu perjuangan untuk memecahkan umat Islam melayu di mesir..saya setuju dengan anda TITIPANSUARA!!!!

Tahniah saya ucapkan kepada Faizal Sabhun selaku orang kuat Nadi UMNO dan kawan-kawan yang lain yang memberi sokongan sesama sendiri dalam perjuangan menegakkan kebatilan. Dengan kalam-kalam ini menambahkan semangat juang mereka. Maaf kepada kawan-kawan sekiranya ada komen-komen yang tidak dapat disiarkan. TQ....

Wednesday, October 28, 2009

Ambil Perhatian

Saya berasa amat kesal dengan sikap sesetengah mahasiswa/wi yang melemparkan kata-kata dan kritikan-kritikan yang agak kesat di bahagian komen dan shutbox yang telah disediakan. Sekiranya kebanyakan daripada mereka adalah dari pengajian Islam itu adalah lebih malang sekali. Saya nasihatkan di sini, sekiranya kritikan yang diberikan adalah baik maka, saya terima dengan redha dan rela hati. Jangan kerana hujah dan pandangan saya dalam menyuarakan pandangan terus ditentang sehingga semuanya adalah salah. Tegur dan kritiklah dengan nilai akhlak Islamiah yang kamu semua ketahui.

Bekaitan juga dengan blog ini, bukanlah saya ingin mencari populariti atau simpati. Ia adalah sekadar pandangan dari saya mewakili rakan-rakan saya yang lain dalam menyatakan kebenaran berdasarkan pandangan yang biasa sahaja. Kamu mengatakan saya mencari populariti, ia adalah tuduhan yang agak berat dan kasar. Maaf saya katakan, kamu tidak memahami apa itu pandangan dan apa itu tuduhan. Ada juga yang mengatakan dengan adanya blog ini akan menyebabkan perpecahan?. Tidak bolehkah saya menyatakan pandangan peribadi saya?. saya rasa kamu boleh menjawab persoalan ini.

Kepada Prof Madya Dr Jamil, saya rasa sudah sampai masanya untuk tuan mengambil tindakan berkawan rapat dengan individu di dalam PMRAM khususnya bagi menyenangkan pelajar-pelajar di bumi Mesir ini. Antaranya, Us Hairul Nizam bin Mat Husin, Us Nazrul Nasir, Us Mumtaz Harun, beberapa kepimpinan di DPM dan BKAN serta beberapa figure-figure yang lain. Moga-moga dengan tindakan ini dapat menyelamatkan persatuan-persatuan di sini.

Maaf kepada semua sekiranya saya ada tersalah dan tersilap fakta.

Sunday, October 25, 2009

PMRAM Sangat Professional

Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa PMRAM telah mengadakan satu majlis yang cukup baik iaitu Majlis Mendengar Pembacaan Kitab Sohih Bukhari. Cuma, apa yang saya lihat sikap PMRAM yang sangat profesional dalam melaksanakan majlis ini telah menyempurnakan Majlis ini.

Pertamanya, PMRAM membuka penyertaan kepada seluruh mahasiswa/wi di sini. Saya juga berkesempatan untuk bersama dengan para masyayeikh di dalam majlis tersebut. Penyertaan yang tidak hanya kepada AHLI PMRAM akan menyebabkan mahasiswa/wi di sini memandang PMRAM melaksanakan sesuatu program dengan tidak memilih bulu. Inilah persatuan kebajikan yang dilaung-laungkan. PMRAM sekali-kali tidak pernah menghalang mana-mana ahli luar untuk menyertai dan bersama dalam program-program kami.

Kedua, arahan daripada JPMK (Prof Madya Dr. Jamil) supaya majlis ini dibatalkan tidak diambil endah. Kenapa PMRAM berdegil mahu juga melaksanakannya. Saya lihat PMRAM menyatakan bukti kukuh berkenaan surat daripada JPMK itu sendiri. Perkara yang pasti boleh kita jadikan hujah. JPMK yang saya lihat ingin membatalkan program tersebut berdasarkan masa untuk konvokesyen terlalu hampir jadi apalah salahnya jika PMRAM tidak menganjak sedikit tarikh pembacaan kutub sittah ini? kan itu lebih baik dan nampak teratur.

Ketiga, ISMA cuba menimbulkan sikap perpecahan dikalangan mahasiswa di sini. Isu ini telah diwar-warkan sejak awal lagi. Menyalahkan PMRAM dan menimbulkan rasa benci mahasiswa terhadap PMRAM yang kita naungi bersama. Perkara ini tidak wajar bagi ISMA selaku salah satu dari persatuan-persatuan mahasiswa di sini. PMRAM kemungkinan ada tafsiran tersendiri, namun sikap mengapi-apikan ini menyebabkan apa yang PMRAM buat semuanya salah.

Keempat, Isu ini saya kira selesai di akhir penutupan majlis ini. Namun, amat bertuah dan gembira apabila ia disambung lagi dengan majlis dialog yang sangat-sangat membanggakan. Bagi mereka yang hadir pada majlis dialog tersebut akan merasakan sendiri bagaimana sentimen keterbukaan PMRAM ditimbulkan. Apa yang PMRAM buat semuanya betul dan tidak salah.

Kelima, Saya juga dikabarkan isu ini juga telah dimaklumkan kepada para masyayeikh yang hadir pada majlis tersebut. Sehingga mereka merasa bangga dengan PMRAM. Saya fikir sekiranya JPMK tidak cetuskan isu ini dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan para masyayeikh ini tidak akan merasa susah bagi menyampaikan ilmu-ilmu mereka.

Kelima-lima isu ini dapat saya nyatakan. Saya ingatkan sekali lagi supaya jangan terlalu taksub dengan persatuan yang antum naungi tetapi taksublah dengan Allah dan Rasul. Jangan mengapi-apikan sesuatu yang tidak pasti sehingga benci dan dendam timbul dikalangan kebanyakan mahasiswa di sini. Saya hanya mewakili salah seorang dari ahli PMRAM menyatakan rasa simpati dan sedih terhadap apa yang berlaku. Jadilah kita sebagai seorang manusia yang tidak hanya tahu menuding jari tentang apa yang mereka buat, tetapi jadilah seperti seorang manusia yang banyak melakukan perkara-perkara kebaikan dalam kerja-kerja amal islami itu sendiri.

Monday, October 12, 2009

Sajak

Sajak Buatmu Seorang Pejuang

Hati yang jauh merintih,
Mengenang akan gelojohnya manusia,
Tanpa kenal erti perjuangan mendabik dada,
Kata-kata keramat perjuangan seolah-olah hanya dusta semata,

Sampai bila,
Harus kau sembunyikan sengketamu,
Kau sendiri pencetus pertelagahan,
Mendabik dada seolah pejuang penuntut,
Mandabik dada seolah tiada pernah berdusta,
Mendabik dada seolah tiada ada salahnya,

Inikah engkau?,
Mengaku pejuang penuntut
?,

Titisan pena yang menitis,
Umpama dakwat yang merubah kata-kata,
Di bibir terludah keramatnya,
Di pena terungkai duri-duri sembilu yang menusuk,
Pedih,
Perit,
Sakit.

Kau yang ku gambarkan seorang pejuang,
Habis usiamu dengan setitis tinta,

Aku teringatkan diari lalu,
Penuh dengan ceria,
Suka dan duka silih berganti,
Namun,
Aku kesal kerana diari ini telah berubah,
Kenangan-kenangan lalu telah bertukar,
Seolah ia tidak akan kembali,
Aku menyeru,
Kembalilah! seperti hari pertama yang ku tulis di diariku,

Pimpinlah aku,
Bawalah kealpaanku,
Bantulah aku,
Oh, indahnya bila diari lalu menerpa semula,

Wahai pejuang,
Ingatlah, jangan kau racuni pemikiran kotormu,
Ditambah pula dengan segala sengketamu,
Agar semua manusia memuja sikapmu,
Setitis ilmumu,
Lupa dan alpa dalam mencerna ukhuwah bersama,
Hilang rasa hormat diri,
Jauh dari rahmat Ilahi,

Bertaubatlah !
Dirimu akan disayangi,
Dari segala makhluk di bumi,
Hentikan sengketa ini,
Jangan kau ulangi,
Menyakiti,
Berdusta,
Meninggi diri,
Inikah sikap seorang professor?
Layakkah kau digelar professor?
Apakah kau benar-benar berprofesional?

*maaf sekiranya sajak yang ku gambarkan ini mengguris hati sesiapa sahaja, tiada inginku lukai hanya sekadar peringatan bersama buat renungan dan iktibar kita agar bersama.
*Ditujukan khas buat Prof Jamil dan rakan-rakannya.

Thursday, October 8, 2009

Pejuang Islamkah Kita?

Salam ukhuwwah Fillah kepada semua,

Pada entri pertama sy, sy melihat tiada jawapan balas daripada Us Faizal ini menunjukkan dia hanya mengeluarkan penyataan-penyataan yang tiada berasas. Saya biarkan saja.

Kepada sahabat-sahabat, saya ingatkan supaya tidak menggunakan kata-kata yang tidak baik di dalam shutbox saya. Berbincanglah dan berilah pandangan yang baik. Inikah yang dikatakan seorang pejuang Islam?. Maaf saya katakan, jika inilah sikap dan peribadi yang kalian tonjolkan maka tidak layak kalian digelar Pejuang Agama Allah.

PMRAM pada hari ini telah ditekan dengan begitu hebat bukan sahaja di dalam web-web blog, malahan di dalam Mesyuarat agung di beberapa Badan Kerajaan baru-baru ini. Seolah-olah ingin menafikan satu gerakan Islam yang telah berada sekian lamanya di sini. Saya merasakan nikmat manisnya berjuang dalam menegakkan dan mengembalikan kekuatan gerakan Islam ini. Walaupun penuh dengan rintangan, tentangan dan kekangan daripada mahasiswa/wi yang belajar agama di sini. Sahabat-sahabatku inilah pejuangan yang kita sering inginkan dan impikan. Nah! lihatlah kalian, ia sedang terjadi sepertimana Nabi ditentang, begitu juga kita pada hari ini hal yang sama berlaku.

Kepada sahabat-sahabatku yang mengaku sebagai pejuang agama Allah, kalian bukanlah orang yang boleh menghukum sesuatu perkara dengan tidak ada dalil dan bukti terus saja menghukum. Tidak ada tabayun daripada sebelah pihak yang lain terus saja menghukum. Inikah sikap saudara/ri sekalian yang mengaku sebagai pejuang agama Allah?. Kalian menghamburkan kalam-kalam yang bersifat dangkal dan ianya tidak wajar dituturkan oleh merka-mereka yang bergelar pejuang agama Allah. Ingatlah dan takutkanlah Allah s.w.t, kalian telah mengguris hati dan perasaan sesama muslim. Berkata-kata tanpa ada bukti. Kalaulah ini sikap sebenar kalian, tidak layak untuk kalian bergelar pejuang Islam.

Kamu mengatakan kami yang memulakan perpecahan? kami yang memulakan permusuhan? kami ingin menarik ahli yang ramai? kami takut untuk berdepan? kami menggunakan tarbiyah yang salah? kami memaksa untuk mengikut kami?.... Inilah sikap kalian, hanya tahu menghukum tanpa bertanya terlebih dahulu, saya ingin bertanya adakah di Malaysia UMNO dan PMRAM bertelagah sehingga menimbulkan rasa benci dikalangan mereka? adakah Ahli PMRAM di Malaysia tidak menyokong UMNO? di sini ISMA yang dikatakan agen kerajaan sungguh berlainan sekali sikapnya. Ahli-ahlinya ditabur supaya benci PMRAM. Kalian sebenarnya menyemai benih perpecahan dan permusuhan.

Kami juga tidaklah ingin terlalu menarik ramai ahli, walaupun kami ada target dan sasaran tetapi bukanlah paksaan jalan kami. Apabila ada peluang dan diberi peluang, maka kami akan gunakan sebaiknya. Kalau kalian lihat di Malaysia sudah banyak sek-sek PMRAM yang telah melahirkan ramai pejuang-pejuang Islam sebenar. Mereka inilah yang kami mahukan apabila tibanya di bumi Mesir ini bagi membantu perjuangan yang kami bawa ini. Kalianlah yang menyekat untuk berpisah dengan kami. Kalianlah yang menyekat tidak membenarkan kami berhubung dengan mereka. Sikap ini kalian sembunyikan agar adik-adik baru melihat kebaikan sahaja.

Untuk perkara-perkara lain saya tidak mahu terangkan secara detail kerana saya melihat apa yang saya tuliskan pada entri-entri lepas tidak diambil endah. Tiada tabayyun daripada mana-mana pihak untuk satu-satu isu. Biarlah moga-moga kalian tidaklah dijadikan sebagai orang yang ada telinga tetapi tidak dapat mendengar dengan baik, ada mata tetapi tidak dapat melihat dengan baik, ada hidung tetapi tidak dapat menghidu dengan baik, ada hati tetapi kotor kerana kata-kata dusta dan nista dari kalian. Bertaubatlah kalian semua sementara pintu taubat masih dibuka.

Kepada masul saya, abang saya memohon maaf kerana tidak dapat menahan perasaan saya. Gerakan kita telah dicalar oleh mereka-mereka yang mengaku membawa pejuang agama Allah. Gerakan kita semakin dicemari dengan perkataan-perkataan yang sungguh biadap dari mereka. Adakah kita hanya mahu berdiam diri? membiarkan mereka menabur fitnah kepada kita?. Saya memohon maaf kepada abang. Biarlah hanya saya seorang sahaja yang menerima cercaan dari mereka. Saya sesekali tidak akan berundur walau selangkah. Inilah perjuangan kita yang sebenar, sanggup menghadapi apa jua rintangan dihadapan. Biarlah apa yang mereka ingin katakan, kita tetap teguh dengan pendirian kita.

Sekian. Salam Ukhuwwah dari saya.

Wednesday, October 7, 2009

Jangan Perburukkan PMRAM

Salam sejahtera.

Saya melihat PMRAM sentiasa ditekan oleh pelbagai pihak terutamanya golongan yang taksub dengan persatuannya macam ISMA. Itulah mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh kami semua dan merupakan ujian yang cukup kuat untuk kami hadapi.

Saya sangat kesal dengan salah seorang Penasihat ISMA iaitu Ustaz Faizal Sabhon yang sangat benci dan anti dengan kami. Apakah salah kami. Sedangkan kami membawa obor api perjuangan seperti ustaz juga. Cuma jalan kami amat berbeza dan berlainan. Tetapi hadaf dan tujuan kita adalah serupa. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendirikan khalifah Islam di muka bumi Allah SWT ini.

Jalan kami adalah dengan jalan tarbiyyah yang lebih baik dan lebih terancang. Sekurang-kurangnya dengan kuat tarbiyyah yang ada pada kami memberi lebih banyak bantuan kemenangan daripada Ilahi. Sebab Salahuddin Al-Ayubi sendiri memeriksa khemah-khemah tentera melihat siapakah yang beribadat pada tengah malam. Ini adalah faktor besar kemenangan tentera Islam.

Kalau hendak harapkan ISMA yang tarbiyyahnya tidak seberapa. Mana mungkin Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita semua. Lagi satu yang menimbulkan kehairanan kami ialah kenapakah menuduh kami bersekongkol dengan Nadi PS. Padahal kami ada jalan kami sendiri. Kami tidak bersekongkol. Bukankah ahli Nadi PAS juga orang Islam seperti kita? Sekurang-kurangnya kami berdakwah tidak seperti ISMA yang kerjanya suka hentam orang sahaja.

Begitu juga dengan UMNO boleh bekerjasama dengan MIC. MIC ini bukan orang Islam seperti kita. Ini Bagaimana pula? Lebih baik kita bersekongkol dengan orang Islam daripada UMNO yang bersekongkol dengan orang bukan Islam.

Persoalan tentang adik-adik baru. Saya suka jelaskan di sini, sepertimana yang berlaku di rumah Terengganu. Untuk pengetahuan ustaz, Pegawai tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan mana-mana pimpinan tertinggi kami bagi membincangkan untuk menguruskan adik-adik yang baru tiba. Pegawai terengganu telah memilih salah seorang daripada kalangan kami yang merupakan mahasiswi Yayasan Terengganu dan kebetulan dia adalah ahli PMRAM. Adakah tindakan ini salah kami juga?.

Kemudian adakah bersalahan dengan hak asasi manusia. Apabila kami bawa adik-adik baru ke Sinai? Sedang mereka yang baru-baru ini boleh menimba pengalaman dan boleh melihat sejarah-sejarah dahulu untuk diambil iktibar. Takkanlah Ustaz Faizal Sabhon yang kuat bertalaqi tidak tahu ini semua.

Untuk kes yang baru-baru ini di Mansurah, saya melihat apakah salah untuk kami ambil adik-adik baru. Sedangkan kami redhai bagi ISMA menguruskan pengambilan adik-adik baru di Mator tanpa berlaku apa-apa pertelagahan dari kedua-dua pihak. Kemudian kami berusaha untuk mengajak adik-adik yang kami telah target untuk ke rumah yang kami telah sediakan sendiri. Tetapi amat malang ISMA tidak mengizinkan atas alasan tiada kerjasama apa-apa dari pihak ISMA dan UMNO Mansurah sebelum ini.

Saya berharap agar Ustaz Faizal Sabhon dan kawan-kawan Ustaz sila tabayun dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan melulu. Dakwah ini macam-macam caranya. Bukan apa yang ISMA nampak sahaja. Setakat itu dahulu daripada saya. Moga kita berjumpa lagi di lain entri. Sekian.